PUTRAJAYA 1 Jun 2021 – Sebanyak RM12 juta telah diperuntukkan oleh Jabatan Kemajuam Orang Asli (JAKOA) untuk penyediaan bakul makanan kepada 60,080 Ketua Isi Rumah (KIR) masyarakat Orang Asli di seluruh negara.
Dalam satu kenyataan yang diedarkan hari ini, Timbalan Menteri 1 Pembangunan Luar Bandar (KPLB), Dato’ Sri Abdul Rahman Mohamad berkata, menerusi bantuan makanan tersebut, bekalan makanan asas iaitu beras, minyak masak, tepung gandum, garam, gula, serbuk teh, sardin dan kicap disediakan bagi membantu masyarakat Orang Asli meneruskan kehidupan sepanjang tempoh PKP Penuh ini dilaksanakan.
“Bantuan bakul makanan ini diagihkan secara berperingkat bermula pada 5 Jun 2021 dan agihan akan dilaksanakan mengikut SOP iaitu melalui Tok Batin setiap kampung untuk diagihkan dan turut dipantau oleh Pegawai JAKOA Daerah bagi memastikan agar bantuan ini sampai kepada setiap KIR yang berkenaan seterusnya dapat meringankan beban masyarakat orang asli sepanjang tempoh PKP ini.”
“JAKOA berharap dengan pelaksanaan Bantuan Bakul Makanan ini akan membantu masyarakat Orang Asli yang terjejas sepanjang tempoh PKP ini bagi meringankan beban mereka.”kata Abdul Rahman.
Tambah beliau penularan wabak Covid 19 telah diisytiharkan sebagai pandemik di seluruh dunia oleh WHO pada 12 Mac 2020 serta setiap individu bertanggungjawab untuk memastikan kesejahteraan tidak kecuali masyarakat Orang Asli di seluruh negara.
- Wells Home Café launches the First 2-in-1 Solution for Coffee and Tea
- Seafood stakeholders call for a level playing field for Sustainability
- TouchPoint, Inc. Appoints Staci Kroon as President and CEO
- Special Minds Launches 1-to-1 Special Needs Platform to Empower Families with Five Key Pillars
- Singapore Residents’ Year End and Lunar New Year Travel Spending Hit New Highs: Visa
Leave a comment