1 Jun 2021 – Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki bin Ali mengumumkan bahawa sebahagian Imbuhan Tetap Keraian (ITK) bagi Pengurusan Tertinggi dan Gred 44 hingga Gred 56, serta Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA) bagi Gred 29 hingga Gred 41 yang dinikmati oleh penjawat awam pada masa kini akan disumbangkan kepada Akaun Amanah Bencana.
Menurut Mohd Zuki dalam satu kenyataan media yang diedarkan hari ini, ia adalah sebagai manifestasi solidariti penjawat awam dalam mendepani pandemik COVID-19 dan sumbangan lebih 800,000 penjawat awam (tidak termasuk frontliners serta penjawat awam Gred 1 hingga Gred 28) tersebut adalah dianggarkan berjumlah lebih RM30 juta.
“Kita memahami penjawat awam khususnya sentiasa menjadi tulang belakang Kerajaan dalam usaha mengimbangi nyawa dan kehidupan. Sumbangan ini adalah tanda kebersamaan para penjawat awam dalam menyokong usaha Kerajaan bagi memerangi dan melandaikan keluk jangkitan pandemik COVID-19 di Negara kita.
Semoga pengorbanan ini menjadi asbab kebaikan dalam kehidupan bagi setiap anggota Perkhidmatan Awam dan ahli keluarga kita.” kata Mohd Zuki.
Penetapan sumbangan berdasarkan gred perkhidmatan adalah seperti berikut:

- British Council East Asia Education Week 2025 Strengthening UK-East Asia higher education partnerships
- Finexcellent Ramadan: Trade, Learn, and Give Back
- Trend Micro Ranked #1 Channel Champion by Canalys
- Prudence Foundation launches 2025 Disaster Tech Awards and partnership with AVPN
- MSIG expands Political Risk and Trade Credit capabilities in Hong Kong and Singapore through strategic collaboration with its USA office
Leave a comment