28 Mei 2021 – Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menafikan kesahihan grafik mengenai senarai sektor dibenarkan beroperasi bermula 1 hingga 14 Jun 2021 seperti yang tular di media sosial.
Menurut MITI melalui ciapan di Twitter rasminya, pihaknya tidak mengeluarkan sebarang grafik senarai sektor yang dimaksudkan sebaliknya senarai berkenaan akan diumumkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Justeru, orang ramai dinasihati untuk merujuk laman sesawang atau media sosial rasmi kementerian/jabatan/agensi untuk mendapatkan maklumat yang sahih dari semasa ke semasa.
Semalam, Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi ataupun ‘total lockdown’ Fasa Pertama di seluruh negara bagi tempoh 14 hari bermula 1 Jun 2021 hingga 14 Jun 2021.
Keputusan ini dibuat selepas sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengenai pengurusan COVID-19 yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri petang semalam dengan mengambil kira situasi terkini penularan COVID-19 di Malaysia dengan jumlah kes harian telah melebihi 8,000 kes dan kes aktif melebihi 70,000 kes.
- British Council East Asia Education Week 2025 Strengthening UK-East Asia higher education partnerships
- Finexcellent Ramadan: Trade, Learn, and Give Back
- Trend Micro Ranked #1 Channel Champion by Canalys
- Prudence Foundation launches 2025 Disaster Tech Awards and partnership with AVPN
- MSIG expands Political Risk and Trade Credit capabilities in Hong Kong and Singapore through strategic collaboration with its USA office
Leave a comment