27 Mei 2021 – Peruntukan kerajaan sebanyak RM70 juta yang digunakan bagi membangunkan laman web tempahan vaksin AstraZeneca secara suka rela turut meliputi pemantauan capaian lain bagi program vaksin negara.
Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata peruntukan itu juga melibatkan dan meliputi pengurusan PICK, pembangunan dashboard pelaporan harian PICK, integrasi sistem bagi menghubungkan pangkalan data MySejahtera dan sistem sedia ada KKM, pembangunan laman portal pendaftaran, sistem pengesanan vaksinisasi dan Google Map dalam MySejahtera.
“Jumlah tersebut merupakan satu siling untuk membangunkan serta isu integrasi berkenaan pangkalan data MySejahtera dan bukan hanya untuk laman web sahaja” jelas beliau pada sidang media secara maya semalam.
Beliau menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh orang awam di media sosial bagi pertanyaan mengenai peruntukan RM70 juta untuk Integrasi Data dan Sistem Janji Temu Vaksin berkenaan yang menyebabkan mereka kecewa akibat kelemahan sistem memproses berkenaan.
“Saya sebagai menteri bertanggungjawab terhadap PICK memohon maaf kepada semua pihak yang mengalami masalah melayari laman sesawang untuk membuat tempahan vaksinasi AstraZeneca pusingan kedua semalam”.
Rata-rata mereka mengadu gagal memperoleh akses sejak tempahan dibuka mulai jam 12 tengah hari yang berkemungkinan disebabkan faktor trafik tinggi.
“Ia sepatutnya berjalan dengan lebih baik. Sebagai contoh, ada tarikh dipaparkan di skrin menunjukkan warna kelabu dan bukan lagi hijau, menyebabkan pengguna menekan tanpa henti hanya untuk diberitahu slot tempahan telah penuh” katanya
Tambah beliau lagi, siasatan sedang dilaksanakan dan diketuai Unit Permodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) bagi mengenal pasti dan mengatasi masalah terbabit untuk tindakan selanjutnya selepas siasatan berkenaan punca masalah serta kelemahan sistem yang digunakan.
- Wells Home Café launches the First 2-in-1 Solution for Coffee and Tea
- Seafood stakeholders call for a level playing field for Sustainability
- TouchPoint, Inc. Appoints Staci Kroon as President and CEO
- Special Minds Launches 1-to-1 Special Needs Platform to Empower Families with Five Key Pillars
- Singapore Residents’ Year End and Lunar New Year Travel Spending Hit New Highs: Visa
Leave a comment