KOTA BHARU – Hampir 10,000 orang penerima yang tidak hadir pada tarikh janji temu suntikan vaksin Covid-19 di Kelantan telah digantikan dengan senarai nama baharu.
Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK), Datuk Dr. Zaini Hussin berkata kesemua yang tidak hadir itu telah digantikan dengan mereka yang memenuhi kriteria penerima vaksin fasa dua Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).
“Oleh itu, tiada pembaziran vaksin kerana ketidakhadiran penerima vaksin di negeri ini” katanya.
“Masih ramai rakyat negeri Kelantan yang mengharapkan mereka akan mendapat suntikan vaksin lebih awal tanpa perlu menunggu tarikh yang akan diberikan melalui aplikasi MySejahtera.
“Bilangan yang telah mendapat suntikan vaksin fasa dua sehingga semalam adalah seramai 35,905 daripada 208,480”.
“Jumlah itu menunjukkan 17.2 peratus daripada mereka yang layak dan mendaftar dalam MySejahtera telah menerima dos pertama vaksin Covid-19” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Tambah beliau, berdasarkan data menerusi aplikasi MySejahtera, hanya 29.6 peratus individu yang berusia 18 tahun ke atas dan 34.1 peratus warga emas berusia 60 tahun ke atas di Kelantan yang mendaftar sebagai penerima vaksin.
“Sila patuhi tarikh dan masa janji temu. Jika tidak dapat hadir atas sebab yang tidak dapat dielakkan, maklumkan kepada PPV untuk penjadualan semula janji temu,” katanya.
- Wells Home Café launches the First 2-in-1 Solution for Coffee and Tea
- Seafood stakeholders call for a level playing field for Sustainability
- TouchPoint, Inc. Appoints Staci Kroon as President and CEO
- Special Minds Launches 1-to-1 Special Needs Platform to Empower Families with Five Key Pillars
- Singapore Residents’ Year End and Lunar New Year Travel Spending Hit New Highs: Visa
Leave a comment