PUTRAJAYA: 25 Mei 2021 – Golongan ibu mengandung hendaklah terlebih dahulu mendapatkan nasihat daripada pegawai perubatan sebelum mendapatkan suntikan vaksin COVID-19.
Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata berdasarkan panduan yang telah dikeluarkan oleh pakar, golongan ini disarankan untuk menerim vaksin pada tempoh 14 hingga 33 minggu hamil.
“Selain itu satu ciri baharu di MySejahtera akan diperkenalkan pada hujung minggu ini khusus bagi mengenal pasti golongan ibu mengandung dan ibu menyusu”.
“Apabila ia telah diperkenalkan, golongan tersebut boleh mengenal pasti diri mereka dan berdaftar melalui MySejahtera untuk janji temu bagi pemberian vaksin yang bersesuaian serta disyorkan kepada mereka” katanya dalam sidang media bersama Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba bagi perkembangan PICK.
Khairy sebelum ini memaklumkan bahawa pemberian vaksin terhadap golongan tersebut disyorkan kepada penggunaan vaksin Pfizer.
Ini termasuk arahan kepada Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) untuk menyelaras dengan beberapa hospital serta pusat pakar perubatan ibu dan kanak-kanak untuk mengutamakan pengagihan vaksin Pfizer kepada golongan tersebut.
- MALAYSIAN UNIVERSITIES EDUCATION & TRAINING FAIR SUCCESSFULLY HELD IN TRIPOLI, LIBYA
- Ajinomoto Co. launches its innovative “Flowering Ice Cream” with the Atlr.72® at the Food Truck in Bugis from 28 March
- Wildberries collects over 1,000 tons of donated clothing, textiles in large-scale ESG initiative
- Eternity Waterproofing Forms Strategic Partnership with Mapei Far East
- SUNRATE Launches Global Payments Solution to Revolutionise the Maritime Industry
Leave a comment