CYBERJAYA 24 Mei 2021 – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) di dalam kenyataan pada hari ini melahirkan rasa kecewa dengan sikap pihak penyedia platform seperti Facebook, Twitter, Instagram, WhatsApp dan Telegram kerana tidak bertindak pantas terhadap laporan yang dikemukakannya dalam menangani isu akaun-akaun palsu terutamanya yang digunakan bagi tujuan penipuan. Ini dibimbangi akan merencatkan usaha MCMC dalam melindungi pengguna media sosial daripada akaun-akaun palsu terutamanya yang menyamar dan menyalahgunakan identiti individu dan entiti lain, yang seterusnya boleh menyebabkan kerugian wang ringgit kepada pengguna.
“Memandangkan platform-platform sedemikian yang tidak dilesenkan kerana beroperasi di luar Malaysia, MCMC amat bergantung kepada tindakan yang dibuat oleh pihak penyedia platform. Justeru, MCMC menggesa pihak penyedia platform untuk lebih bertanggungjawab, responsif dan bertindak pantas terhadap setiap laporan yang dikemukakan oleh Suruhanjaya.
Dalam masa yang sama, pihak penyedia platform secara langsung mempunyai tanggungjawab bagi memastikan platform yang dihoskan pihak mereka adalah selamat kepada pengguna.” kata MCMC dalam kenyataan tersebut.
Kata MCMC tindakan pantas yang diambil adalah penting dan perlu demi melindungi kepentingan serta keselamatan pengguna.
MCMC turut menasihatkan pengguna supaya berwaspada, kekal selamat dan menjadi seorang pengguna bertanggungjawab yang mengamalkan penggunaan Internet berhemah.
“Elakkan daripada menjadi mangsa kepada akaun-akaun palsu dan menyalahgunakan rangkaian media sosial.” katanya.
- Government Committed to Strengthening Aviation Industry, Malaysia Airlines Orders 30 Boeing 737 Aircraft
- Building government digital resilience, securing the future
- The paradox of convenience
- 8.5 million to receive Rahmah Cash Assistance (STR) Phase 2 Before Aidilfitri
- Aaron Extends Greetings on International Day for the Elimination of Racial Discrimination
Leave a comment