KUALA LUMPUR 23 Mei 2021 – Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menjangkakan keadaan ekonomi negara akan bertambah baik tahun ini, selaras dengan tindakan kerajaan dalam usaha pemulihan aktiviti ekonomi dan perdagangan walaupun dunia sedang berhadapan dengan penularan wabak COVID-19.
Jelas beliau, Malaysia kini berada di landasan yang betul dalam perancangan dan pengurusan ekonomi ke arah pertumbuhan yang lebih kukuh dan mampan dan ia mula menunjukkan perkembangan yang positif.
“Kami sudah melihat hasil daripada perancangan ini. Satu … mungkin Covid-19 belum diselesaikan, tetapi unjuran ekonomi kita sudah menunjukkan tanda-tanda peningkatan. Eksport negara semakin meningkat, import kita juga turut meningkat dan bilangan pekerja yang diambil telah mencapai 150,000, jauh lebih tinggi daripada 120,000 yang disasarkan”.
“Unjuran badan antarabangsa, pakar ekonomi tempatan dan Bank Negara Malaysia… kita akan melihat pertumbuhan sebanyak 6.5% hingga 7% pada tahun ini. Kita hanya memerlukan empat hingga tujuh bulan untuk melihat pencapaiannya,” katanya dalam “Bicara Khas Eksklusif” di RTM TV1 dan Bernama TV.
Perdana Menteri kemudian turut menjelaskan prosedur standar operasi (SOP) COVID-19 yang sering berubah-ubah adalah disebabkan ia tidak statik dan bersifat dinamik serta mengikut perkembangan semasa penularan Covid-19.
“Ini kerana ikut keadaan situasi yang memerlukan kita membuat pelarasan menangani situasi yang berbeza-beza. Contoh dibenarkan restoran terima pelanggan masuk makan, sekejap dua orang, sekejap empat orang, kemudian tidak boleh pula.
“Saya minta maaf kalau ada yang agak terkeliru. SOP dibuat Majlis Keselamatan Negara (MKN) tidak sewenang-wenangnya. Ikut keadaan situasi yang memerlukan kita membuat pelarasan untuk menangani situasi yang berbeza-beza,” katanya.
Muhyiddin menambah, beliau amat memahami rungutan rakyat yang melibat bahawa SOP sering berubah-ubah namun ia disebabkan oleh situasi keadaan Covid-19 itu sendiri.
Katanya, pelaksanaan SOP diputuskan dalam mesyuarat MKN yang dihadiri bersama Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Peguam Negara, Tan Sri Idris Harun.
- Government Committed to Strengthening Aviation Industry, Malaysia Airlines Orders 30 Boeing 737 Aircraft
- Building government digital resilience, securing the future
- The paradox of convenience
- 8.5 million to receive Rahmah Cash Assistance (STR) Phase 2 Before Aidilfitri
- Aaron Extends Greetings on International Day for the Elimination of Racial Discrimination
Leave a comment