18 Mei – Kerajaan negeri dibenarkan untuk menjalankan inisiatif pembelian bekalan vaksin dengan syarat vaksin yang dibeli perlu mendapat kelulusan daripada Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) jelas Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar.
Jelas beliau, berdasarkan syarat perjanjian di antara kerajaan Persekutuan dengan syarikat-syarikat pengeluar vaksin berkenaan, pembekalan stok vaksin yang telah ditempah perlu dan akan didahulukan kepada kerajaan (Persekutuan) bagi memastikan pelaksanaan PICK sebelum (diberi) kepada mana-mana pihak lain.
“Ia termasuk kerajaan negeri, pihak industri atau hospital swasta yang membuat tempahan dan pembelian selepas kerajaan Persekutuan, melainkan melalui pembekal yang tidak terlibat dalam PICK,” katanya dalam satu kenyataan rasmi hari ini.
Menurut Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) jenis vaksin yang cuba diperoleh negeri-negeri tersebut, sebagai contohnya negeri Selangor, buat masa ini adalah dari syarikat farmaseutikal yang sama dibeli di bawah PICK.
Dalam kenyataan yang sama, pihak CITF turut mengalu-alukan sebarang usaha daripada pihak luar yang ingin menyumbangkan bekalan dos vaksin kepada PICK atau negeri dengan syarat vaksin yang akan disumbangkan telah mendapat kelulusan NPRA.
“Buat masa ini, tiga jenis vaksin yang telah mendapat kelulusan NPRA adalah vaksin Pfizer, Sinovac dan AstraZeneca,” katanya.
Khairy turut menjelaskan bahawa CITF mengambil maklum tentang hasrat Yayasan Sekhar untuk menyumbangkan bekalan vaksin jenis Sinovac kepada PICK.
“Setelah diperiksa dengan pihak Sinovac di China dan Pharmaniaga iaitu pemegang lesen bagi vaksin Sinovac di Malaysia, tiada apa-apa permohonan atau pembelian mahupun dokumen rasmi berkaitan perkara ini yang telah dikemukakan oleh Yayasan Sekhar”.
“Bagaimanapun setelah diperiksa dengan pihak Sinovac di China dan Pharmaniaga iaitu pemegang lesen bagi vaksin Sinovac di Malaysia, tiada apa-apa permohonan atau pembelian mahupun dokumen rasmi berkaitan perkara ini yang telah dikemukakan oleh Yayasan Sekhar” katanya
“CITF ingin menjelaskan bahawa tiada sebarang halangan sekiranya Yayasan Sekhar atau mana-mana pihak yang mahu meneruskan hasrat murni ini namun ia haruslah disusuli dengan tindakan mengikut saluran yang ditetapkan” jelasnya lagi.
- Wells Home Café launches the First 2-in-1 Solution for Coffee and Tea
- Seafood stakeholders call for a level playing field for Sustainability
- TouchPoint, Inc. Appoints Staci Kroon as President and CEO
- Special Minds Launches 1-to-1 Special Needs Platform to Empower Families with Five Key Pillars
- Singapore Residents’ Year End and Lunar New Year Travel Spending Hit New Highs: Visa
Leave a comment