13 Mei 2021- Kempen hashtag #IsraelKoyak yang mula dilancarkan semalam mendapat sambutan hangat di kalangan rakyat Malaysia yang mengecam tindakan biadap pihak Israel ke atas Palestin.
Kempen tersebut menyeru rakyat Malaysia khususnya pengguna media sosial untuk berkongsi poster yang diterbitkan seperti di bawah :

Angkatan Belia Malaysia (ABIM) yang sentiasa lantang bersuara mengenai hak rakyat Palestin turut serta di dalam kempen ini. Di dalam ciapan twitter rasmi ABIM semalam, ABIM menyeru rakyat Malaysia memuat naik poster tersebut di Facebook/IG/Twitter dan berkongsi sebanyak mungkin dengan tanda pagar #IsraelKoyak.
Senarai NGO-NGO yang terlibat di dalam kempen ini adalah :
- Cinta Gaza Malaysia
- Global Peace Mission Malaysia
- Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
- Malaysia For Syria
- Iman Care
- Pertubuhan Wilayah Ummah Malaysia (One Nation)
- Azhar Care
- Pertubuhan Dana Kita
- Murtadha Dakwah Centre (MADAD)
- Pertubuhan Kebajikan Serantau Muslim
- Cinta Syria Malaysia
- Yayasan Amal Malaysia
- MyFund Action
- Muslim Volunteer Malaysia
- Heliza dan Hazwani Helmi
- MizzNina dan Noh Salleh – MinQalby Foundation
- Faizal Tahir – iamfaithmen
- Into Taqwa Malaysia
- MAPIM Malaysia
- British Council East Asia Education Week 2025 Strengthening UK-East Asia higher education partnerships
- Finexcellent Ramadan: Trade, Learn, and Give Back
- Trend Micro Ranked #1 Channel Champion by Canalys
- Prudence Foundation launches 2025 Disaster Tech Awards and partnership with AVPN
- MSIG expands Political Risk and Trade Credit capabilities in Hong Kong and Singapore through strategic collaboration with its USA office
Leave a comment