PUTRAJAYA 8 Mei 2021 – Ketua Pengarah Kesihatan ,Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata bahawa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 tidak gagal. Menurut beliau lagi, jika Kerajaan tidak melaksanakan PKP 2.0, bilangan kes positif COVID-19 boleh mencecah ke angka 10,000 kes sehari.
“Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) jangka kes menurun pada Mei, namun selepas kelonggaran kepada banyak sektor ekonomi dan sosial dan kelesuan pandemik, kes kembali meningkat. Awal Mei, kes kembali 3.000 sehari.
Sudah 16 bulan berperang dengan COVID19, pastinya rakyat sudah lesu daripada segi mental dan fizikal, begitu juga petugas kesihatan ” jelas beliau di dalam satu sidang media khas yang diadakan hari ini di Putrajaya.
Tambah Dr. Noor Hisham, kebanyakan kes jangkitan di negara sekarang adalah sporadik dalam komuniti iaitu tidak tahu dari mana punca jangkitan.
Dalam pada itu, beliau berkata bahawa terdapat 14 kluster rentas negeri yang aktif ketika ini. Katanya lagi, KKM percaya variant South Africa B.1.351 telah merebak di Kelantan.
“Ada kluster ini telah dijangkiti Variant South Africa B.1.351. Kerana itu, rentas negeri masih tidak dibenarkan.” katanya.
- Wells Home Café launches the First 2-in-1 Solution for Coffee and Tea
- Seafood stakeholders call for a level playing field for Sustainability
- TouchPoint, Inc. Appoints Staci Kroon as President and CEO
- Special Minds Launches 1-to-1 Special Needs Platform to Empower Families with Five Key Pillars
- Singapore Residents’ Year End and Lunar New Year Travel Spending Hit New Highs: Visa
Leave a comment