PUTRAJAYA 22 April 2021 – Susulan isu rakaman video yang tular di Facebook “Politaik” yang berkaitan dengan bayaran RM15000 secara bulanan kepada seorang individu yang mendakwa bekerja di bawah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom) yang tular baru-baru ini, wakil jabatan tersebut telah membuat satu laporan polis semalam.
Menurut satu hantaran di Facebook J-KOM semalam, laporan polis tersebut menyokong kenyataan media yang telah dikeluarkan pada 19 April 2021 yang menyelar tuduhan tidak bertanggungjawab tersebut.
“J-Kom memandang serius perkara ini dan tiada kompromi kepada mana-mana individu yang cuba mencemarkan nma baik jabatan ini” katanya.
Pada 19 April 2021 yang lepas, J-KOM telah mengeluarkan kenyataan media yang memaklumkan bahawa individu yang terlibat dalam video tersebut bukan merupakan kakitangan J-KOM dan input video tidak melibatkan J-KOM sama sekali.
J-KOM turut menasihatkan orang ramai supaya sentiasa merujuk kepada akaun media sosial rasmi J-KOM iaitu Facebook (Jabatan Komunikasi Komuniti), Instagram dan Twitter (@dccomm_gov) untuk maklumat sahih berhubung J-KOM.
- Wells Home Café launches the First 2-in-1 Solution for Coffee and Tea
- Seafood stakeholders call for a level playing field for Sustainability
- TouchPoint, Inc. Appoints Staci Kroon as President and CEO
- Special Minds Launches 1-to-1 Special Needs Platform to Empower Families with Five Key Pillars
- Singapore Residents’ Year End and Lunar New Year Travel Spending Hit New Highs: Visa
Leave a comment