5 April 2021 – Majlis menandatangani komitmen Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) telah diadakan dalam satu majlis yang disaksikan oleh Timbalan Menteri Sumber Manusia, YB Datuk Haji Awang bin Hashim hari ini. Komitmen ini ditandangatangani oleh Projek Lintasan Sungai Besi-Ulu Klang Sdn. Bhd. bersama jurutera perunding serta sembilan kontraktor yang terlibat dalam projek pembinaan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE).
Majlis menandatangani komitmen ini dianjurkan oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) bersama Majlis Negara bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (MNKKP) bertujuan untuk mendapatkan komitmen dari semua pihak terlibat. Ianya untuk memberikan lebih penekanan dalam aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan dalam pembinaan Lebuhraya SUKE.
“Kami menyambut baik usaha pihak JKKP dan MNKKP dalam memperkuatkan komitmen kontraktor-kontraktor yang terlibat dengan projek SUKE. Sebagai pemaju dan pemegang konsesi lebuhraya SUKE, kami sentiasa menekankan soal keselamatan sejak hari pertama projek ini bermula.
Antara inisiatif yang telah dijalankan oleh SUKE secara konsisten adalah dengan mengingatkan kontraktor-kontraktor terlibat untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP), serta mengambil langkah-langkah bersesuaian di tapak pembinaan. Di antaranya adalah dengan pelaksanaan sesi auditan keselamatan secara berkala, tool box atau taklimat keselamatan setiap hari sebelum memulakan tugas serta latihan penyelamat kecemasan bersama badan-badan keselamatan berkaitan.” kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Syarikat PROLINTAS, Dato’ Mohammad Azlan Abdullah di dalam satu kenyataan media yang diedarkan hari ini.
Tambah beliau pengaktifan pelan pengurusan trafik yang diluluskan oleh pihak berkaitan seperti Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan pihak berkuasa tempatan juga diperolehi dan dilaksanakan demi keselamatan pengguna jalan raya.
Bagi memastikan keselamatan dan keselesaan orang awam sentiasa terjamin, SUKE mengalu-alukan sebarang maklum balas berhubung pembinaan lebuh raya menerusi saluran komunikasi seperti berikut:
- Talian hotline : 1-300-88-9922
- Emel : feedback.suke@prolintas.com.my
- Twitter : @mySUKEofficial
- Facebook : PROLINTAS Highways
- Wells Home Café launches the First 2-in-1 Solution for Coffee and Tea
- Seafood stakeholders call for a level playing field for Sustainability
- TouchPoint, Inc. Appoints Staci Kroon as President and CEO
- Special Minds Launches 1-to-1 Special Needs Platform to Empower Families with Five Key Pillars
- Singapore Residents’ Year End and Lunar New Year Travel Spending Hit New Highs: Visa
Leave a comment