PUTRAJAYA 10 MAC 2021 – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menyambut baik hasrat kerajaan yang membenarkan pelancong dari kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bergerak merentas ke negeri di bawah PKPP lain mulai 10 Mac 2021.
Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri menyatakan bahawa kelonggaran yang diberikan itu secara tidak langsung telah membuka ruang dan peluang kepada orang ramai untuk kembali melancong dalam negara disamping menjadi permulaan bagi industri pelancongan untuk bangkit semula.
“Saya ingin menyeru syarikat pelancongan tempatan untuk mengambil peluang ini untuk mempamerkan kepada rakyat Malaysia perkhidmatan yang telah mempesona dan memuaskan hati ramai pelancong domestik dan asing yang telah berkunjung ke destinasi di negara kita sebelum ini” katanya.
Selain kebenaran aktiviti pelancongan di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), kerajaan juga telah membenarkan program rasmi kerajaan, televisyen, seni muzik, tari, teater, muzikal, komedi, persembahan kebudayaan dan warisan dijalankan secara langsungnamun tertakluk kepada pematuhan SOP yang ketat serta kehadiran 50% penonton daripada kapasiti penuh.
“Kita terus bekerjasama dan terus berdoa agar industri pelancongan dan kebudayaan tempatan tidak perlu lagi melalui saat sukar melalui penutupan aktiviti kerana impak negatifnya terhadap rantaian ekonomi mereka yang terlibat dan negara adalah sangat mendalam” ujar beliau lagi dalam satu kenyataan media.
Terdahulu, industri pelancongan negara mencatat penurunan besar kedatangan pelancong antarabangsa kepada 4,332,722, berbanding 26,100,784 pada tahun 2019 akibat daripada penularan wabak COVID-19 serta Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berkuat kuasa di seluruh negara pada 18 Mac 2020.
- Conexus Studio Expands Footprint in Southeast Asia with New Offices in Bangkok and Kuala Lumpur
- ZEISS Lightfield 4D for instant volumetric high-speed imaging
- Wells Home Café launches the First 2-in-1 Solution for Coffee and Tea
- Seafood stakeholders call for a level playing field for Sustainability
- TouchPoint, Inc. Appoints Staci Kroon as President and CEO
Leave a comment