8 MAC 2021 – Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) pada hari ini memaklumkan bahawa setakat hari ini seramai 3,832,976 telah berdaftar dengan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).
Katanya dari jumlah tersebut seramai 3,658,538 orang telah berdaftar melalui aplikasi MySejahtera. Manakala 173,575 orang mendaftar melalui halaman web www.vaksincovid.gov.my dan 863 melalui talian hotline.
Khairy turut memaklumkan setakat hari ini seramai 139,720 penerima vaksinasi dos pertama dan seramai 221,819 telah menerima tarikh dan masa bagi temujanji dalam fasa pertama vaksinasi.
Kata Khairy lagi Malaysia akan menerima penghantaran bekalan dos vaksin seterusnya iaitu pada 15 Mac 2021 (100k dos Sinovac)
19 Mac (100k dos Sinovac) dari Beijing. Kedua-dua ini merupakan vaksin yang telah siap (finished product).
[BERITA LANJUT AKAN MENYUSUL]
- Wells Home Café launches the First 2-in-1 Solution for Coffee and Tea
- Seafood stakeholders call for a level playing field for Sustainability
- TouchPoint, Inc. Appoints Staci Kroon as President and CEO
- Special Minds Launches 1-to-1 Special Needs Platform to Empower Families with Five Key Pillars
- Singapore Residents’ Year End and Lunar New Year Travel Spending Hit New Highs: Visa
Leave a comment