22 Februari 2021 – Pengerusi Badan Perhubungan Negeri Perikatan Nasional Selangor, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali pada hari ini mengumumkan pelantikan Datuk Ang Chin Tat, Pengerusi GERAKAN Selangor sebagai Naib Pengerusi Perikatan Nasional Selangor selain Dato’ Dr. Ahmad Yunus Hairi, Pesuruhjaya PAS Selangor dan Dato’ Abdul Rashid Asari, Pengerusi Badan Pimpinan BERSATU Selangor.
“Penyertaan GERAKAN ke dalam Perikatan Nasional adalah amat signifikan untuk memperkukuh citra Perikatan Nasional dan membuktikan dasar Perikatan Nasional yang inklusif dan meraikan kepelbagaian. Saya yakin dasar ini akan memperkukuh usaha Perikatan Nasional untuk menggembleng penyertaan dan dukungan rakyat khususnya generasi milenial. Perikatan Nasional juga beriltizam untuk mendakap paradigma baru dalam perjuangan rakyat dan menyuntik dinamisme baru kepada politik yang berteraskan nilai.
- Wells Home Café launches the First 2-in-1 Solution for Coffee and Tea
- Seafood stakeholders call for a level playing field for Sustainability
- TouchPoint, Inc. Appoints Staci Kroon as President and CEO
- Special Minds Launches 1-to-1 Special Needs Platform to Empower Families with Five Key Pillars
- Singapore Residents’ Year End and Lunar New Year Travel Spending Hit New Highs: Visa
Perikatan Nasional Negeri Selangor akan memberikan fokus kepada usaha merencana dan melaksanakan dasar dan kebijakan demi menghasilkan kemakmuran serta keadilan sosial. Sebagai sebuah kerjasama politik, Perikatan Nasional bertekad untuk memartabatkan jati diri bangsa Malaysia sekaligus meraikan kepelbagaian bahasa, kaum dan agama sebagai kesatuan yang utuh dan dinamik.” kata Azmin menerusi satu kentaan media yang dikeluarkan hari ini.
Tambah beliau, Badan Perhubungan Negeri Selangor mengambil ketetapan untuk memperkukuhkan kerjasama yang sedia ada dan melangkah maju sebagai satu kekuatan dalam PRU-15 dan pasca pilihan raya untuk membentuk Kerajaan yang utuh dan stabil dengan penyertaan parti-parti anggota yang lebih unggul dan peranan yang dinamik.
Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN) secara rasminya menyertai Mesyuarat Badan Perhubungan Negeri Perikatan Nasional Selangor semalam. Ini merupakan penglibatan sulung GERAKAN di peringkat negeri selepas pengumuman Tan Sri Muhyiddin Yassin, Pengerusi Perikatan Nasional berhubung penyertaan GERAKAN sebagai parti anggota Perikatan Nasional pada 11 Februari 2021.
Leave a comment